Darurat Tanah Melayu Edward Gent

Menandatanagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri 1948, di King House, Kuala Lumpur, pada hari Rabu 21 Januari 1948.

Gent kekal sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu apabila Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi beliau tidak kekal lama pada jawatannya. Beliau dipecat oleh Pejabat Tanah Jajahan dan dipanggil semula ke London pada 29 Jun 1948 apabila tercetusnya Darurat Tanah Melayu selepas Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Besar British bagi Asia Tenggara, melobi Whitehall.[1] Gent tidak percaya komunis memberikan sebarang ancaman dan enggan bertindak. Apabila komunis mula melancarkan serangan ke atas ladang-ladang getah Tanah Melayu, Gent mengisytiharkan darurat pada 15 Jun di bahagian-bahagian Perak dan Johor sahaja, mendatangkan kekecewaan penanam getah yang menuntut perisytiharan di seluruh negara. Gent hanya terpaksa memperluaskan pengisytiharan untuk seluruh Tanah Melayu pada hari berikutnya apabila Straits Times menulis "Govern or Get Out" (Tadbir aau Keluar) pada muka hadapannya dan dengan itu merangsang sentimen orang ramai terhadapnya.[2]